Jenis Dokumen
|
Urus niaga
|
Surat tanya
|
- Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk mendapatkan maklumat barang-barang yang hendak dibeli.
- Maklumat yang diperlukan; harga barang, cara pembekalan, diskaun dan cara pembayaran.
|
Sebut Harga
|
- Dihantar oleh penjual kepada pembeli sebagai jawapan kepada surat tanya.
- Maklumat yang diberi; harga barang yang hendak dibeli, syarat penghantaran dan pembayaran.
|
Katalog
|
- Penjual hantar bersama dengan sebut harga.
- Senarai harga bagi semua barang yang dibekalkan oleh penjual.
|
Nota pesanan atau Pesanan belian
|
- Dihantar oleh pembeli kepada penjual yang mengandungi maklumat tentang barang yang hendak dibeli.
- Maklumat yang perlu ada; jenis barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar diskaun.
|
Nota serahan
|
- Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang.
- Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar dan sebagai perakuan bahawa barang-barang telah dihantar dengan selamat.
- Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak dinyatakan.
|
Penyata Akaun
|
- Dihantar oleh penjual kepada pembeli.
- Nota makluman dan peringatan kepada penghutang yang dihantar setiap akhir bulan.
- Maklumat terdiri daripada baki hutang pada awal bulan, jumlah jualan, pulangan, bayaran dan baki hutang akhir bulan yang perlu dijelaskan.
|
Invois
|
- Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila penjual membenarkan pembeli membeli barang niaga atau aset secara kredit.
- Maklumat yang ada; nama dan alamat pembeli dan penjual, tarikh urus niaga, nombor invois, kuantiti dan harga, jumlah belian, syarat serahan dan bayaran dan K. & K. di K.
- Disediakan dalam tiga salinan. Salinan asal dihantar kepada pembeli dan salinan pendua disimpan oleh penjual
|
Nota Kredit
|
- Dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli bahawa hutangnya akan dikurangkan (akaun dikreditkan)
- dihantar disebabkan oleh;
- terdapat pulangan barang yang rosak, salah jenama atau tidak berkualiti.
- bayaran yang dikenakan terlebih daripada harga sepatutnya.
- terdapat pulangan bekas kosong yang telah dikenakan bayaran dalam invois.
- jumlah hutang terlebih kerana salah pengiraan.
- pembeli diberi elaun atau komisen.
|
Nota Debit (Invois tambahan)
|
- Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam invois terkurang.
- Akaun pembeli akan didebitkan untuk menambahkan harga pada invois (hutang bertambah).
- Digunakan apabila;
- Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan)
- Bayaran yang dikenakan terkurang
- Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli
- Jumlah hutang terkurang (kesilapan pengiraan)
- Bayaran tambahan (pertukaran barang)
|
Resit
|
- Dikeluarkan oleh penjual apabila menerima bayaran daripada pembeli.
- Bukti penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat.
|
Cek atau keratan cek
|
- Cek digunakan untuk membuat pembayaran.
- Keratan cek digunakan sebagai rujukan dan sumber rekod.
|
Baucar
|
- Dokumen dalaman yang disediakan oleh peniaga untuk merekodkan segala jenis pembayaran.
- Bukti pembayran telah dibuat.
|
Bil Tunai / Slip Daftar Tunai
|
- Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli bagi pembayaran untuk belian barang niaga dengan wang tunai atau cek.
- Bukti bagi aset yang dibeli secara tunai atau perkhidmatan yang dibuat secara tunai.
|
Makluman Debit
|
- Satu penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank.
- Memaklumkan akaun pemilik telah didebitkan (dikurangkan) dengan satu jumlah tertentu berserta dengan sebab.
|
Makluman Kredit
|
- Satu penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank.
- Memaklumkan akaun pemilik telah dikreditkan (ditambahkan) dengan satu jumlah tertentu berserta dengan sebab.
|
Memo
|
- Digunakan untuk merekod pengeluaran barang niaga atau wang untuk kegunaan peribadi atau kegunaan perniagaan atau memasukkan modal tambahan dalam perniagaan.
|
Borang Wang Masuk / Slip Bank
|
- Borang yang dikeluarkan oleh bank untuk merekod urus niaga menyimpan atau mengeluarkan wang oleh pelanggan.
|