Monday, 6 August 2012

Dokumen Perniagaan dan fungsinya


Jenis Dokumen
Urus niaga
Surat tanya
  • Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk mendapatkan maklumat barang-barang yang hendak dibeli.
  • Maklumat yang diperlukan; harga barang, cara pembekalan, diskaun dan cara pembayaran.
Sebut Harga
  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli sebagai jawapan kepada surat tanya.
  • Maklumat yang diberi; harga barang yang hendak dibeli, syarat penghantaran dan pembayaran.
Katalog
  • Penjual hantar bersama dengan sebut harga.
  • Senarai harga bagi semua barang yang dibekalkan oleh penjual.
Nota pesanan atau Pesanan belian
  • Dihantar oleh pembeli kepada penjual yang mengandungi maklumat tentang barang yang hendak dibeli.
  • Maklumat yang perlu ada; jenis barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar diskaun.
Nota serahan
  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang.
  • Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar dan sebagai perakuan bahawa barang-barang telah dihantar dengan selamat.
  • Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak dinyatakan.
Penyata Akaun
  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli.
  • Nota makluman dan peringatan kepada penghutang yang dihantar setiap akhir bulan.
  • Maklumat terdiri daripada baki hutang pada awal bulan, jumlah jualan, pulangan, bayaran dan baki hutang akhir bulan yang perlu dijelaskan.
Invois
  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila penjual membenarkan pembeli membeli barang niaga atau aset secara kredit.
  • Maklumat yang ada; nama dan alamat pembeli dan penjual, tarikh urus niaga, nombor invois, kuantiti dan harga, jumlah belian, syarat serahan dan bayaran dan K. & K. di K.
  • Disediakan dalam tiga salinan. Salinan asal dihantar kepada pembeli dan salinan pendua disimpan oleh penjual
Nota Kredit
  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli bahawa hutangnya akan dikurangkan (akaun dikreditkan)
  • dihantar disebabkan oleh;
  1. terdapat pulangan barang yang rosak, salah jenama atau tidak berkualiti.
  2. bayaran yang dikenakan terlebih daripada harga sepatutnya.
  3. terdapat pulangan bekas kosong yang telah dikenakan bayaran dalam invois.
  4. jumlah hutang terlebih kerana salah pengiraan.
  5. pembeli diberi elaun atau komisen.
Nota Debit (Invois tambahan)
  • Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam invois terkurang.
  • Akaun pembeli akan didebitkan untuk menambahkan harga pada invois (hutang bertambah).
  • Digunakan apabila;
    1. Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan)
    2. Bayaran yang dikenakan terkurang
    3. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli
    4. Jumlah hutang terkurang (kesilapan pengiraan)
    5. Bayaran tambahan (pertukaran barang)
Resit
  • Dikeluarkan oleh penjual apabila menerima bayaran daripada pembeli.
  • Bukti penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat.
Cek atau keratan cek
  • Cek digunakan untuk membuat pembayaran.
  • Keratan cek digunakan sebagai rujukan dan sumber rekod.
Baucar
  • Dokumen dalaman yang disediakan oleh peniaga untuk merekodkan segala jenis pembayaran.
  • Bukti pembayran telah dibuat.
Bil Tunai / Slip Daftar Tunai
  • Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli bagi pembayaran untuk belian barang niaga dengan wang tunai atau cek.
  • Bukti bagi aset yang dibeli secara tunai atau perkhidmatan yang dibuat secara tunai.
Makluman Debit
  • Satu penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank.
  • Memaklumkan akaun pemilik telah didebitkan (dikurangkan) dengan satu jumlah tertentu berserta dengan sebab.
Makluman Kredit
  • Satu penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank.
  • Memaklumkan akaun pemilik telah dikreditkan (ditambahkan) dengan satu jumlah tertentu berserta dengan sebab.
Memo
  • Digunakan untuk merekod pengeluaran barang niaga atau wang untuk kegunaan peribadi atau kegunaan perniagaan atau memasukkan modal tambahan dalam perniagaan.
Borang Wang Masuk / Slip Bank
  • Borang yang dikeluarkan oleh bank untuk merekod urus niaga menyimpan atau mengeluarkan wang oleh pelanggan.


No comments:

Post a Comment